Thursday, December 24, 2009

Cukai untung hartanah. Siapa yang untung sebenarnya??


Umum mengetahui bahawa hanya golongan yang kaya dan berduit sahaja yang mempuyai rumah lebih dari satu dan membolehkan mereka ini menjualnya. Golongan ini juga sebenarnya mampu membeli rumah secara "cash".

Kerajaan juga tidak sedar wujudnya RPC haram yang sentiasa lari dari cukai atas untung atas angin yang mereka perolehi daripada "property" milik mereka.

Kesan daripada pengumuman ini sebenarnya lebih menguntungkan mereka yang sememangnya kaya. Harga pasaran hartanah juga akan terus meningkat dan seterusnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana semakin sukar untuk mempuyai rumah yang setimpal dengan pendapatan mereka.

Dengan slogan mendahulukan rakyat, kerajaan seharusnya memberi fokus untuk memastikan nilai pasaran hartanah tidak menindas pengguna dan seharusnya setimpal dengan pendapatan perkapita rakyat. Kerana hari ini golongan berpendapatan rendah dan sederhana hanya mampu menyewa dan tinggal di PPR sedangkan mereka yang kaya terus kaya kerana mampu membeli seberapa banyak rumah untuk disewakan dan akhirnya dijual pada harga yang melambung tinggi.
Yang untung ialah orang kaya dan RPC haram n tidak beretika. Punca pendapatan kerajaan berkurangan. Rakyat bawahan??

Wednesday, December 16, 2009

Kebaikan dan keburukan Facebook


Kebaikan
Perhubungan lebih mudah mudah dan pantas
Keburukan
Kenyataan dan fitnah yang boleh menimbulkan isu sensitif boleh merebak dengan cepat .
Kalau orang melayu memang betul-betul racist memang tak lama la hayat budak ni belajar dekat UMT. Tapi kalau budak melayu la yang bagi statement macam ni memang tak kan lepas..
Inilah senario Malaysia kita..bila bangsa lain bersuara mereka kata itu adalah hak asasi atas dasar kebebasan bersuara...tapi apa hak kita orang melayu??? orang melayu bukan rakyat ke??

Tuesday, December 15, 2009

Tahniah Malaysia


Tahniah kepada skuad bola sepak lelaki kebangsaan kerana berjaya menewaskan pasukan tuan rumah laos malam tadi dengan jaringan 3-1. Adalah menjadi harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menyaksikan mereka menamatkan kemarau pingat emas bagi acara bola sepak menentang Vietnam Khamis ini..

Tuesday, December 8, 2009

Malaysia kita..

Kita mengaku kita rakyat malaysia..Tetapi.....
Sudah lebih 52 tahun kita semua hidup dibumi Malaysia tetapi masih ramai yang tidak tahu berbahasa Malaysia..

Kita malu untuk menggunakan barang buatan tempatan...
Kita lebih bangga menggagungkan budaya luar/asing..
Kita banga jika dapat memburukkan dan mencemar imej negara..
Kita bangga untuk membaca berita mengenai keburukan kerajaan oleh media asing..
Kita lebih sayangkan parti politik daripada agama dan negara kita..


Bila berurusan dengan kerajaan kita kenakan/caj harga yang tinggi..
Bila dapat projek kerajaan kita culas..
Bila berhadapan dengan polis kita "hulur"..

Bukak kilang-kilang haram yang memang tak pernah bayar cukai, lesen dll..
Bila negara menghadapi masalah ekonomi kita kata itu bukan masalah kita tetapi masalah kerajaan..
Bila submit borang LHDN kita "tipu"..

DAN TIBA-TIBA KITA BERKATA MALAYSIA NI NEGARA YG ZALIM???

Friday, August 14, 2009

perniagaan kita Bah.1




Wednesday, July 22, 2009

Pas kata UMNO kafir..PAS n PKR???



Fikir-fikirkanlah dimana perginya perjuangan Islam...

Wednesday, July 15, 2009

Manek Urai - Media Sebenar vs Media retorik,fitnah dan ???


Cuba kita semua fikir-fikirkan mengapa hari ini kononya ramai orang muda tidak sukakan UMNO, membenci kerajaan...
Apabila berita yang dipaparkan adalah rekaan dan dibuat-buat pun masih menjadi sanjungan oleh golongan pakatan khianat rakyat apalagi yang kita boleh kita harapkan yang negara ini akan aman dan makmur seperti sebelum ini jika rakyat lebih mempercayai berita yang tidak benar dan seterusnya menanam benih kebencian dikalangan kita orang melayu..renungkan lah...